Selasa, 4 Januari 2011

That my soul


Satu kenangan yang tidak akan kami lupekan ketika bersama berjuang. Masjid kristal di taman tamadun islam menjadi satu simbol kepada kami. Kenangan yang sukar dilupakan ini sentiasa menggamit perasaan, seminggu sebelum pertandingan baru kami bertungkus lumus membuat latihan kerana baru mendapat tahu tentang pertandingan tersebut. Syukur alhamdulillah kami ucapkan, dan berbanyak terima kasih kepada saudara syamil atas pelawaan beliau supaya kami menyertai pertandingan ini. Syukur juga kami panjatkan kepada Ilahi, walaupun latihan hanya beberapa kali sahaja sebelum pertandingan, namun hasil yang kami dapat cukup memuaskan. Bukan senang untuk berjuang, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, namun itu semua tidak menjadi halangan kepada kami.

Tapi kami agak terkilan kerana pertandingan nasyid pada tahun lepas tidak mendapat sambutan terutama di negeri kami terengganu, jadi kami tidak boleh menyerlahkan bakat kami. Diharap pada tahun ini suasananya agak berbeza supaya kami dapat meneruskan usaha dakwah ini..Alhamdulillah, ana sendiri telah berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid di kampung ana untuk ana tubuhkan, secara kasarnya, kami sudah pun diterima tapi belum ada hitam putihnya lagi, kami berharap pihak mereka dapat mempertimbangkan usaha kami dalam meneruskan dakwah ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan