Khamis, 6 Januari 2011

Bingkisan kenangan

Kerinduan yang terpanggil
Membuatkan hati ku berdebar-debar
Menantikan saat bahagia untuk bersama
Walaupun perit namun ku rela
Biarpun namun ku tetap menelannya
Asalkan ak bahagia disampingnya

Itulah bicara manis dari bibir seorang hamba
Menatap diriku sepenuh jiwanya
Memberi janji-janji yang manis
Melentok liukkan diriku mempercayai dirinya
Namun itu semua dahulu
Itu hanyalah bingkisan kenangan
Yang terpahat dalam hati sanubari ku ini
Mengapa dia bertindak sebegitu
Sedangkan janji yang ditaburkan begitu manis
Mengalahkan lautan gula di daratan
Apa yang mahu di carinya
Apa kurangnya cinta dari aku
Apa lebihnya cinta dari dia selepas aku

Sedang ak masih dalam igauan
Dia mengejutkan aku dengan satu perkabaran
Janji yang terikat manis dahulu telah dia musnahkan
Dengan dia mengikat tali pertunangan bersama insan pilihan
Rasa sudah puas untuk aku hidup
Rasa sudah cukup untuk aku menghadapinya
Di situlah kesabaran ku tercabar
Apabila insan pilihannya adalah sedarah dan sedaging denganku
Semoga dia berbahagia bersama insan pilihannya
Itulah bingkisan kenanganku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan