Rabu, 5 Januari 2011

Johan Bintang Nasyid Mukmin 2010

Tersentak ana bila pasukan dari negeri sembilan ini memulakan lagunya. Sukar dipercayai sekolah rendah mampu menghasilkan harmoni suara yang cukup sempurna. Walaupun tidak di nafikan saingan di peringkat kebangsaan ini cukup sengit, namun jangkaan awal sudah dapat dibuat, kerana team ini memang cukup berbeza dari team-team lain, auranya mampu membuatkan hakim terpaku dengan kelunakan suara solonya adik syed israfil.

Dalam 3 hari ana berkampung di melaka, sempat jugak ana berkenalan dengan pengurus team pasukan ini, yang dikenali sebagai ustaz hakimi. Banyak juga la yang kami sempat berbual, namun masa tidak mengizinkan, namun alhamdulillah mereka memberi layanan yang baik, walaupun baru pertama kalinya berkenalan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Terima kepada team al mumtaz dan tahniah dari ana serta pasukan ana dari terengganu, insyaallah sekiranya Allah mengizinkan kita berjumpa lagi pada tahun ini, semoga pertandingan nasyid KPM ada, so dapat la kita bersua..hihihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan