Jumaat, 14 Januari 2011

JOm Masuk U!!!

Seronok jugak hari ni pegi buat research tentang IPT kat TTC tu..hihihi...macam2 yang faiz dapat info kat sane..hmm, mane taw ade rezki dapatlah faiz sambung Master plax..Insyaallah kalau ade rezki serta keizinan daripadaNya faiz akan sambung master. 

Banyak jugak universiti yang mengambil bahagian, antaranya UM, UUM, UPM,UTM,UTHM,UPSI,UMT dan banyak lagi lar..ape pun korang jangan lupekan doakan faiz dapat sambung master then PHD ek..hihihi...(",)

Isnin, 10 Januari 2011

Ke mane dia adikku

Sedar atau pun tidak, sebenarnya dia yang benar2 mengambil berat tentang diriku..kebisuannya membuatkan ak tertanya-tanya di mana sebenarnya dia berada, adakah ak ade melakukan kesilapan kepadanya..atau kata2 ku mungkin mengguris perasaannya..mungkin tanpa ak sedar ak telah melakukannya..adenya dia yang selalu mengambil berat tentang diriku dan sentiase bersama ak dalam susah dan senang membuatkan ak rase tenang, namun kebisuannya ini membuatkan ak merasakan satu kehilangan yang sangat memedihkan..

Ak tahu dia sedang menjalani hari2 yang sukar ketika ini, jadi ak membuat keputusan untuk tidak mengganggunye, namun itu hanya sementara kerana ak tidak dapat melakukan sedemikian kerana ketiadaan sms darinya membuatkan ak merasa gelisah dan tidak selesa, seolah hari2ku ini tidak lengkap tanpa sms nyer..adk??ke mane menghilang????..mengapa perlu merahsiakan sesuatu dariku..iye, mungkin ak tidak bermakne, tapi tidak mengapa..dia berhak untuk menentukan segalanya...ku doakan kamu bahagia..what important is..family first..abg support dari blakang...(",)

Dont be sad..kembalikan senyuman itu...

Syabaabul Faizin


Video Syabaabul Faizin (SFd) sepanjang tahun 2008

Ahad, 9 Januari 2011

Ana Rafali Juara Lagu ke 25

Macam x percaya aje kan artis yang mula hanya dikenali di youtube ini mampu memcapai kejayaan yang sebegini hebat walaupun buat julung2 kalinya menyertai juara lagu..tapi dah rezeki dia,ikut2 ,mane pun dapat jugak..pape pun persembahan dia x de la teruk sgt,tp unexpected la yang dia dapat menang, lagi pun AJL 25 kali ini memang sangat berbeza dari ajl2 yang lepas, tahun nie nampaknya artis mula membuat gimik2 yang di luar jangkaan, dan ini memnampakkan bahawa mereka sudah maju..hihihi..tahniah kepada semua artis..

Keputusan AJL 25

Johan - Ana Rafali ( Tolong Ingatkan Aku )
Naib Johan - Black  Meet Uncle Hussein ( Drama King )
Tempat Ketiga - Hafiz ( Noktah Cinta )

Vokal Terbaik - Hafiz ( Noktah Cinta )
Persembahan Terbaik - Faizal Tahir ( Hanyut )

Sabtu, 8 Januari 2011

Maha Pencipta



Ferrari berharga RM 400 000..unbelievable???believe it...

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan pasal ini, saje je nak berkongsi info cikit, ferrari sebenarnya pada dasarnya berharga 400 000++ tapi oleh kerana cukai importnya yang terlalu mahal maka ia menjadikan kereta ini sebagai kereta mewah yang di kategorikan sebagai kereta mampu milik. Memang secara basicly nye kite susah nak percaya, tapi itulah hakikat yang sebenarnya, sekiranya kite tinggal di negara yang mengeluarkan kereta tersebut, maka harganya jauh lebih rendah dengan harga kita, walaupun mereka mempunyai cukai yang tersendiri, namun harganya tidak lah semahal harga pasaran kita di malaysia

So pada sesiapa yang nak pakai ferrari tu p la duk kat italy tuh, cukup tempoh matang bawak jer ferrari balik malaysia...hihihihi

Jumaat, 7 Januari 2011




Palestine will be free

Ya atau Tidak

Tekanan perasaan boleh terjadi apabila seseorang itu merasa tidak selesa dan merasa rimas. Kebanyakkan dari mereka beranggapan bahawa marah atau balas dendam merupakan satu perasaan yang berpuas hati apabila selesai melakukannya. Adakah dendam boleh membawa kita pada jalan yang betul, adakah benda ini akan terus menghantui diri kita walaupun dendam itu sudah diselesaikan. Pernahkah anda terfikir sejenak, apakah natijah yang akan kita dapat apabila semua ini selesai???

Dendam adalah satu benda yang tidak dituntut dalam mane2 agama mahupun kepercayaan, tapi dunia sekarang ini sangat cenderung untuk berdendam kerana perasaan iri hatinya. so ingatlah susah kita pada hari ini ade hikmah di sebaliknya, jangan fikir kita adalah orang yang kurang bernasib baik, kerana masih ade lagi di antara kita yang kurang bernasib baik...

Jangan biarkan stress dan dendam menghantui diri anda..hihihi
Model import...(",)

Memori cinta luka

Perkenalan pada suatu ketika, pertama kali menatap wajahnya membuatkan jantungku terus dilanda satu tsunami yang kuat. Berdegup jantungku melihat dia tersenyum sambil bergurau senda dengan teman seperjuangannya. Namun ketika itu aku belum mengenalinya, sehinggalah pada suatu hari ak tertarik untuk mengambil tahu perihal dirinya. Ak menjalankan siasatan demi siasatan, mencari tahu perihal peribadinya sehingga ak dapat kesemua yang ak ingin ketahuinya. Hari berlalu dan terus berlalu, hampir setiap hari ak bertemu dengannya membuatkan ak terus terleka dengan senyumannya yang manis itu.

Kami rapat dan terus berhubung antara satu sama lain, ak cube untuk rapat dengannya, sehinggalah pada suatu hari ak mula merasakan perasaan cinta yang membuak-buak terhadap dirinya,namun jauh disudut hati kecilku, ak tahu bahawa dia bukan untukku, dan dia tidak akan menjadi milikku. Rase sedikit hiba di hati ketika itu, tapi ak tetap tidak berputus ase untuk terus merapatinya. Biar ape pun yang terjadi, hanya dialah yang ak cinta. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, ak semakin mengenali dirinya, tapi yang sering menjadi masalah kepada diriku, ak sentiase cemburu dengan tindak tanduknya, ak tidak boleh melihat ade orang yang menyayanginya lebih daripada ak, kerana ak tidak pernah merasakan kasih sayang dari dirinya.

Sehinggalah ak bertemu dengan seseorang yang terlalu rapat dengannya, orang yang mengenalinya sejak dari dia kecil sehingga kini, dia masih lagi bersama, ak banyak berceritakan perihal kasih sayangku pada dia, dan dia sangat memahamiku, ak bersyukur kerana dapat mengenalinya. Sekurang-kurangnya rase beban yang tertanggung selama ini dapat juga ak berkongsi dengannya. Dia seolah-olah memahami setiap perbualanku, sepertinya dia sudah menghadapi kisah itu. Pada masa yang sama juga, ak merasakan bahawa dia seperti menyimpan perasaan terhadapku, tapi mungkin itu cume perasaan ak sahaja, tetapi kebenarannya hanya dia mengetahui isi hatinya.

Mengapa sehingga kini ak tidak mampu lagi untuk melupakan dia, wal hal ak mengetahui, dia bukan dijadikan untukku, mungkin ia cukup sekadar teman sahaja, namun itu tidak mematahkan semangatku, dari ak mengenalinya sampai sekarang dia tidak pernah mengucapkan kata sayang pada diriku, betahun ak menunggu, setiap detik ak menantikan sms dari dirinya, namun ape yang ak dapat hanyalah khabar yang menyakitkan hatiku sahaja.

Tetapi ape yang ak terlalu pasti, bukan aku sahaja yang menaruh perasaan cinta dan sayang terhadapnya, masih ramai lagi, antaranya satu daripada temannya sendiri yang merupakan teman seperjuangannya ketika di bangku sekolah. Rakannya itu sering mengahantar sms kepadaku menyatakan rase cinta terhadap orang yang sama yang ak minati, namun ak tidak pernah memberitahunya bahawa ak juga menyayangi orang yang sama dengannya. Demi menjaga persahabatan kami, dan untuk kebahagiaanya, ak membiarkan dia terus meluahkan   isi hatinya kepadaku, menceritakan perihal dia meminati rakannya itu.

Inilah memori cinta lukaku, ape yang terjadi hari-hari yang akan datang ianya belum pasti, kerana apa yang berlaku adalah luahan dari hati kecilku, adakah ak terpaksa melepaskannya atau terus mencintainya, hanya takdir yang akan menentukan segalanya........to be continued

Debaran AJL kali ke 25


Debaran anugerah juara lagu kian di nantikan, hihihi...pasti ramai yang tertanya-tanya lagu mana yang bakal bergelar juara lagu pada musim kali ini. Hmmm..ana sendiri pun tak tahu, sama-sama la kita nantikan ek..kalau nak diikutkan semua calon pada tahun ini mempunyai saingan yang kuat dan ade kelebihan mereka yang tersendiri. Tapi dalam banyak2 yang sedap tu pasti ade yang paling sedap yang dapat memikat hati juri nanti..hihihi..

Tapi sejak musim2 akhir ni, anugerah juara lagu sudah hilang serinya apabila anugerah etnik kreatif dilupuskan,hmmm, itulah satu2 nya muzik melayu yang dapat dibanggakan tapi kian lupus ditelan zaman..tapi kita x boleh salahkan pihak itu jugak, mereka hanya buat ape yang penonton gemar, penonton dilihat lebih cenderung pada lagu yang berbentuk rock dan pop indi, so itulah lagu2 yang banyak dipertandingkan..ape pun kita haruslah support kita punya industri muzik, kalau x macam mane la deme nak maju ek..huhu

Agak-agak korang sape yang akan jadi juara tahun ni ek, adakah juara tahun lepas akan menjadi juara lagi pada tahun ini, sama2 kita nantikan..segalanya akan terjawab pada hari ahad nie jam 9 malam di tv3...hihihi, promosi la plak..kih3...


Finalis juara lagu musim ke 25

Khamis, 6 Januari 2011

Real Love - Massari



"Real Love"

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I'm watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Baby I was there all along
When you'd be doing things I would watch you
I picture you and me all alone
I'm wishing you was someone I can talk to
I gotta get you out of my head
But baby girl I gotta see you once again, again
It's real love that you don't know about

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Every night when I would go to sleep
I couldn't stop dreaming about you
Your love has got me feeling kinda weak
I really can't see me without you
And now you're runnin' round in my head
I'm never gonna let you slip away again
It's real love that you don't know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It's real love that you don't know about



Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

Today when I saw you alone
I knew I had to come up and approach you
Cuz girl I really gotta let you know
All about the things you made me go through
And now she lookin' at me in the eye
And now you got me hopin' I ain't dreamin' again,

Again
It's real love that you don't know about

Every now and then when I watch you
I wish that I could tell you that I want you
If I could have the chance to talk wit cha
If I could have the chance to walk wit cha
Then I would stop holding it in
And never have to go through this again, again
It's real love that you don't know about

Girl, girl I'm goin' outta my mind
And even though I don't really know you
I must've been runnin' outta time
I'm waiting for the moment I can show you
And baby girl I want you to know
I"m watching you go
I'm watching you pass me by
It's real love that you don't know about

You're the one that I want and no one can take

It from me
No, no, no, no, no
Even though I don't really know you
I got a lot of love I wanna show you
And you'd be right there in front of me
I can see you passin' in front of me
No, no, no
Girl I need your love
Baby I need your love 

Kisah teruna dan dara

Menarik jugak kalau dapat berkongsi cerita nie..hahahaha
Pada cuti semester yang lepas ade la sorang mamak nie, ana tengok tercari-cari, terpusing-pusing..timbul jugak rase hairan dalam diri mase tu, tapi buat x layan jer. 5 minit lepas pade tu, dia datang balik kat tempat tadi, buat benda yang sama, ana pun ape lagi p la siasat sebaik saja dia beredar dari tempat tu..pada mulanya ana x taw pape, sebab mase pegi tgok tuh tempat tu macam biase aje, ana ngan member ana p la jalan2 sekitar tempat tu dulu, sejam kemudian ana datang balik kat tempat tu, tengok mamat tu ade bawak awek kat sebelah dia, mase tu deme asyik duk bersembang aje, plak tu mase tu tgh hari, mane la ade owg nak datang tempat kat ujung pantai tuh..

Ana pun buat x taw jew, tapi dalam hati dah ragu2 nie, kebetulan member ana tu plax amek jurusan dakwah kat salah sebuah IPT, dalam hati dia lagi la membara, tup2, member ana nie dia p tgok ape yang deme berdua tu buat, TERPERANJAT ana ngan member..si teruna dan dara nie sempat ag buat benda x senonoh, main raba2 la plax, kawan ana ape lagi, buat kuar la ilmu yang ade di dada tuh, yang ana nak bagi taw nye, deme tu bdax sekolah lagi..siasat2 baru ting 2...bdax2 zaman sekarang, rope itu la yer..

Banyak jugak ana bersembang dengan bdax tu, tanye ape masalah semua, lama2 baru nak mengaku. Macam mane la agaknye kalu mak bapak dia org taw nie, member ana ade bg warning, kalu nampak due2 lagi mmg x de maaf bagimu la. Hahahahaha, tapi yang nak ketawanya, kawan ana yang ana kenal seorang pelawak yang suka menghiburkan rakan2 dah jadi seorang yang tegas dan serius ari tuh, takut jugak ana tengok..

Tapi ape pun kita perlulah sama beringat, hahahahaha...

Bingkisan kenangan

Kerinduan yang terpanggil
Membuatkan hati ku berdebar-debar
Menantikan saat bahagia untuk bersama
Walaupun perit namun ku rela
Biarpun namun ku tetap menelannya
Asalkan ak bahagia disampingnya

Itulah bicara manis dari bibir seorang hamba
Menatap diriku sepenuh jiwanya
Memberi janji-janji yang manis
Melentok liukkan diriku mempercayai dirinya
Namun itu semua dahulu
Itu hanyalah bingkisan kenangan
Yang terpahat dalam hati sanubari ku ini
Mengapa dia bertindak sebegitu
Sedangkan janji yang ditaburkan begitu manis
Mengalahkan lautan gula di daratan
Apa yang mahu di carinya
Apa kurangnya cinta dari aku
Apa lebihnya cinta dari dia selepas aku

Sedang ak masih dalam igauan
Dia mengejutkan aku dengan satu perkabaran
Janji yang terikat manis dahulu telah dia musnahkan
Dengan dia mengikat tali pertunangan bersama insan pilihan
Rasa sudah puas untuk aku hidup
Rasa sudah cukup untuk aku menghadapinya
Di situlah kesabaran ku tercabar
Apabila insan pilihannya adalah sedarah dan sedaging denganku
Semoga dia berbahagia bersama insan pilihannya
Itulah bingkisan kenanganku

Dunia sekarang..

Salam buat semua pengunjung..

Ana x paham la ngan dunia sekarang ni, nampaknya dah tunggang terbalik da, yang salah dibetulkan, yang betul di salahkan, x taw la ape nak jadi. Kalau dalam paper tuh, boleh cakap hari2 ade je kes jenayah baru deme buat, yang ana peliknye tuh, deme ni x taw malu ke hape..adoii, kadang2 kesian jugak tengok deme, macam x de mase depan. Tapi bile pikir-pikir balik nak kecian buat ape ngan orang macam tuh, buang mase jer, dia sendiri pun x nak keciankan diri dia.

Ptg tadi ade la terbace paper, berita tu mengisahkan seorang budax yang kene dera, Ya Allah, x de ati perut ke orang buat tuh, dah la budax tu x taw ape2, disiksa plax deme tu, kejam! kejam! kejam!!!..Ish marah betul, kalau la ana dapat orang tu, mahu ana lenyek-lenyekkan dia, buat jadi cekodok pisang, sedap la jugak boleh di makan..hihihihi

Petang semalam ade dapat panggilan dari salah seorang teman yang duk kat kole lumpur nung, katenya kawan sebilik depa meninggal coz kene pukul, puncanya sebab kluar ngan awek dia, adoiiii, baru awek tuh, bukan bini pun, dah nak pukul2...ana x paham la ngan dunia sekarang nie...

Rabu, 5 Januari 2011

Kongsi-kongsi cerita tengok wayang


Hari ini ana nak kongsi-kongsi cerita sepanjang ana tengok wayang mase cuti semester lepas, hihhihi, mentang2 panggung wayang baru di bukak kat mesra mall nie, ana nie pergi x putus2, pantang ade cerita menarik terus serang panggung wayang, sampaikan yang jage kaunter tiket tu dah cukup kenal ana nie. Hihihihi, al maklumlah panggung wayang kat c2 satu satunya kat negeri terengganu ni. Cerita pertama yang ana tengok cite Harry Potter yang ke 7 ni yang part 1 punye, part 2 belum kuar ag, tapi x sabar nak tunggu cite tu kuar..hihi

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 


Dalam siri pertama ni ana nak kongsi sikit sebanyak tentang jalan ceritanya, huhu, maklumlah cerita ni ana minat sejak dari yang pertama lagi, ana ikuti perkembangan harry potter ni dari dia kecik sampai dia besar. Dalam cerita ini banyak mengisahkan tentang kebangkitan Voldermort dan konco-konconya untuk menentang harry potter yang merupakan satu ancaman kepada mereka. Banyak jugak antara watak-watak yang baik terkorban, pada kali ini juga harry potter nampak lebih tegas dan sentiasa ingin merungkai setiap masalah yang bermain di benak fikirannya. Selain itu, konflik antara harry potter dengan rakan karibnya juga menjadi salah satu babak yang menarik, di mana harry potter terpakse melakukan kerja bersama kawan perempuannay sahaja. Namun itu hanyalah sementara, tidak lama kemudian mereka berbaik semula dan meneruskan misi mereka bersama. Bahagian pertama ini tergantung bila voldermort pergi ke pusara albus dumbeldore dan mengambil tongkat albus yang disangkakan tongkat death hallows, segala persoalan akan terjawab pada bagian kedua cerita ini yag dijangkakan akan keluar pada bulan jun tahun 2011 ini. Tak sabar rasenya ana nak tengok..hihihi


Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2
Filem ini banyak mengisahkan perbalahan antara harry potter dan Voldermort di Hoghwart

Narnia 3


Lepas je tgok cite harry potter ana beralih plax dengan cite nanrnia 3 ni, salah satu filem yang ana ikuti juga sejak musim pertama. khabarnya cerita ini ade 6 musim kesemuanya, jadi ade 3 musim lagi yang belum difilemkan sebab buku-bukunya semua dah diterbitkan..hihihi..cerita ini bes jugak, cerita tentang penjelajahan mereka. Apa pun ana seronok menonton filem ini.

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Dengar tajuk pun dah nak tergelak dah belum tengok ceritanya lagi..hahahahaha, bagi ana sepanjang ana tengok cerita komedi filem melayu inilah filem yang paling komedi bagi ana, start aje cite ni sampai abis memang x lekang dari gelak, ana pergi pula tengok cite ini dengan teman ana yang memang suka gelak, adoiii, malu pun ade rasenya, tapi x pe, sebab semua yang duk lam panggung tuh memang pecah perut ketawa, filem arahan abg mamat khalid kali ini memang sangat menjadi, walaupun namenya cerita-cerita seram tapi unsur lawak tetap ade. Boleh dikatakan filem ini meletup jugak la kat pawagam, dengar cite filem ini dah jadi filem terbanyak kutipannya. Namun cerita ini ade kesinambungnnya..so nantikanlah..hihihi

Kalu sudi coment la

Gambar ini time budax-budax nie baru nak buat show..team dari sk batu 48 dungun,terengganu

Ini salah seorang daripada ahli kumpulan team ikhwanul mukmin


Wajah ceria selepas persembahan


Salah satu hantaran pertunangan pihak lelaki pada pihak perempuan ( pertunangan kakak )


Soft edited..mase nie cube2 jer main editing, nampak hasil dia macam menarik jugak


Pasukan nasyid ana tahun 2009


Tahun 2008


Johan Bintang Nasyid Mukmin 2010

Tersentak ana bila pasukan dari negeri sembilan ini memulakan lagunya. Sukar dipercayai sekolah rendah mampu menghasilkan harmoni suara yang cukup sempurna. Walaupun tidak di nafikan saingan di peringkat kebangsaan ini cukup sengit, namun jangkaan awal sudah dapat dibuat, kerana team ini memang cukup berbeza dari team-team lain, auranya mampu membuatkan hakim terpaku dengan kelunakan suara solonya adik syed israfil.

Dalam 3 hari ana berkampung di melaka, sempat jugak ana berkenalan dengan pengurus team pasukan ini, yang dikenali sebagai ustaz hakimi. Banyak juga la yang kami sempat berbual, namun masa tidak mengizinkan, namun alhamdulillah mereka memberi layanan yang baik, walaupun baru pertama kalinya berkenalan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Terima kepada team al mumtaz dan tahniah dari ana serta pasukan ana dari terengganu, insyaallah sekiranya Allah mengizinkan kita berjumpa lagi pada tahun ini, semoga pertandingan nasyid KPM ada, so dapat la kita bersua..hihihi

Kelas pertamaku

05.01.2011 jam 4.15 petang kelas pertama ana buat semester empat setelah 1 tahun lebih ana berjuang dalam bacelor pentadbiran perniagaan ini..Alhamdulillah rezeki bertambah, keputusan exam semester lepas sangat memberangsangkan dan membuat ana lebih bersemangat untuk belajar. Terima kasih ana nak ucapkan kepada kedua ibu bapa ana yang banyak mendoakan ana dan sentiasa memberi semangat, kepada pensyarah-pensyarah ana juga, terima kasih ana ucapkan, tanpa didikan dari mereka tak mungkin ana dapat mencapai kejayaan ana pada hari ini.

Hari ini ana juga mendapat khabar gembira apabila sahabat karib ana berubah fikiran untuk bertukar tempat belajar. Ana berasa sangat gembira, perasaan yang sunyi rasa hilang mendengar khabar tersebut, syukur sekali lagi..semoga hari esok lebih baik dari hari ini...(",)

Selasa, 4 Januari 2011

That my soul


Satu kenangan yang tidak akan kami lupekan ketika bersama berjuang. Masjid kristal di taman tamadun islam menjadi satu simbol kepada kami. Kenangan yang sukar dilupakan ini sentiasa menggamit perasaan, seminggu sebelum pertandingan baru kami bertungkus lumus membuat latihan kerana baru mendapat tahu tentang pertandingan tersebut. Syukur alhamdulillah kami ucapkan, dan berbanyak terima kasih kepada saudara syamil atas pelawaan beliau supaya kami menyertai pertandingan ini. Syukur juga kami panjatkan kepada Ilahi, walaupun latihan hanya beberapa kali sahaja sebelum pertandingan, namun hasil yang kami dapat cukup memuaskan. Bukan senang untuk berjuang, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, namun itu semua tidak menjadi halangan kepada kami.

Tapi kami agak terkilan kerana pertandingan nasyid pada tahun lepas tidak mendapat sambutan terutama di negeri kami terengganu, jadi kami tidak boleh menyerlahkan bakat kami. Diharap pada tahun ini suasananya agak berbeza supaya kami dapat meneruskan usaha dakwah ini..Alhamdulillah, ana sendiri telah berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid di kampung ana untuk ana tubuhkan, secara kasarnya, kami sudah pun diterima tapi belum ada hitam putihnya lagi, kami berharap pihak mereka dapat mempertimbangkan usaha kami dalam meneruskan dakwah ini..

Selamat Datang

Salam..

Selamat datang ke dunia blog...adoi..lame da x menulis nie, rase kekok pun ade..dalam blog nie ana cume nak kongsi kan ape yang terjadi dalam kehidupan ana, sama ada ia satu realiti atau fantasi..hihi...di samping tu boleh jugak ana upload n promote gambar-gambar yang ana ambik, bercita-cita jugak la nak jadi photographer, tapi baru nak blaja..kalau ade yang sudi membantu ana alhamdulillah..tapi kalu nak buat secara serius tu x de la, cume di jadikan bidang sampingan sahaja memandangkan ana masih lagi belajar..

Kata orang kalau ade rezeki tu tak ke mane..ye idok..hihihi..nanti lau dah pandai ckit bolehla buat servis ambik gambar org kawen, nampak macam seronok je depe amek gambo tuh..lagi pun ayah mmg bagi galakan, sebab ayah ana pun minat dalam photografi nie, cume dulu2 la, sekarang pun masih minat, tp dia banyak ajar anak2 dia cam mane nak ambik gamba pose baeekkkk punyerrrr...hihihi...

Hari tu kalau nak di ikutkan memang da ade blog tp sebab bzy sgt sampai x menang tangan nak buat keje, hopefully this blog blh la ana update selalu, ana akan cube jugak cari mase untuk ini..kepada semua yang melayari blog ini, terima kasih ana ucapkan, semoga kita dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ade di dada..peace no war...(",)