Jumaat, 7 Januari 2011

Memori cinta luka

Perkenalan pada suatu ketika, pertama kali menatap wajahnya membuatkan jantungku terus dilanda satu tsunami yang kuat. Berdegup jantungku melihat dia tersenyum sambil bergurau senda dengan teman seperjuangannya. Namun ketika itu aku belum mengenalinya, sehinggalah pada suatu hari ak tertarik untuk mengambil tahu perihal dirinya. Ak menjalankan siasatan demi siasatan, mencari tahu perihal peribadinya sehingga ak dapat kesemua yang ak ingin ketahuinya. Hari berlalu dan terus berlalu, hampir setiap hari ak bertemu dengannya membuatkan ak terus terleka dengan senyumannya yang manis itu.

Kami rapat dan terus berhubung antara satu sama lain, ak cube untuk rapat dengannya, sehinggalah pada suatu hari ak mula merasakan perasaan cinta yang membuak-buak terhadap dirinya,namun jauh disudut hati kecilku, ak tahu bahawa dia bukan untukku, dan dia tidak akan menjadi milikku. Rase sedikit hiba di hati ketika itu, tapi ak tetap tidak berputus ase untuk terus merapatinya. Biar ape pun yang terjadi, hanya dialah yang ak cinta. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, ak semakin mengenali dirinya, tapi yang sering menjadi masalah kepada diriku, ak sentiase cemburu dengan tindak tanduknya, ak tidak boleh melihat ade orang yang menyayanginya lebih daripada ak, kerana ak tidak pernah merasakan kasih sayang dari dirinya.

Sehinggalah ak bertemu dengan seseorang yang terlalu rapat dengannya, orang yang mengenalinya sejak dari dia kecil sehingga kini, dia masih lagi bersama, ak banyak berceritakan perihal kasih sayangku pada dia, dan dia sangat memahamiku, ak bersyukur kerana dapat mengenalinya. Sekurang-kurangnya rase beban yang tertanggung selama ini dapat juga ak berkongsi dengannya. Dia seolah-olah memahami setiap perbualanku, sepertinya dia sudah menghadapi kisah itu. Pada masa yang sama juga, ak merasakan bahawa dia seperti menyimpan perasaan terhadapku, tapi mungkin itu cume perasaan ak sahaja, tetapi kebenarannya hanya dia mengetahui isi hatinya.

Mengapa sehingga kini ak tidak mampu lagi untuk melupakan dia, wal hal ak mengetahui, dia bukan dijadikan untukku, mungkin ia cukup sekadar teman sahaja, namun itu tidak mematahkan semangatku, dari ak mengenalinya sampai sekarang dia tidak pernah mengucapkan kata sayang pada diriku, betahun ak menunggu, setiap detik ak menantikan sms dari dirinya, namun ape yang ak dapat hanyalah khabar yang menyakitkan hatiku sahaja.

Tetapi ape yang ak terlalu pasti, bukan aku sahaja yang menaruh perasaan cinta dan sayang terhadapnya, masih ramai lagi, antaranya satu daripada temannya sendiri yang merupakan teman seperjuangannya ketika di bangku sekolah. Rakannya itu sering mengahantar sms kepadaku menyatakan rase cinta terhadap orang yang sama yang ak minati, namun ak tidak pernah memberitahunya bahawa ak juga menyayangi orang yang sama dengannya. Demi menjaga persahabatan kami, dan untuk kebahagiaanya, ak membiarkan dia terus meluahkan   isi hatinya kepadaku, menceritakan perihal dia meminati rakannya itu.

Inilah memori cinta lukaku, ape yang terjadi hari-hari yang akan datang ianya belum pasti, kerana apa yang berlaku adalah luahan dari hati kecilku, adakah ak terpaksa melepaskannya atau terus mencintainya, hanya takdir yang akan menentukan segalanya........to be continued

Tiada ulasan:

Catat Ulasan