Rabu, 5 Januari 2011

Kongsi-kongsi cerita tengok wayang


Hari ini ana nak kongsi-kongsi cerita sepanjang ana tengok wayang mase cuti semester lepas, hihhihi, mentang2 panggung wayang baru di bukak kat mesra mall nie, ana nie pergi x putus2, pantang ade cerita menarik terus serang panggung wayang, sampaikan yang jage kaunter tiket tu dah cukup kenal ana nie. Hihihihi, al maklumlah panggung wayang kat c2 satu satunya kat negeri terengganu ni. Cerita pertama yang ana tengok cite Harry Potter yang ke 7 ni yang part 1 punye, part 2 belum kuar ag, tapi x sabar nak tunggu cite tu kuar..hihi

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 


Dalam siri pertama ni ana nak kongsi sikit sebanyak tentang jalan ceritanya, huhu, maklumlah cerita ni ana minat sejak dari yang pertama lagi, ana ikuti perkembangan harry potter ni dari dia kecik sampai dia besar. Dalam cerita ini banyak mengisahkan tentang kebangkitan Voldermort dan konco-konconya untuk menentang harry potter yang merupakan satu ancaman kepada mereka. Banyak jugak antara watak-watak yang baik terkorban, pada kali ini juga harry potter nampak lebih tegas dan sentiasa ingin merungkai setiap masalah yang bermain di benak fikirannya. Selain itu, konflik antara harry potter dengan rakan karibnya juga menjadi salah satu babak yang menarik, di mana harry potter terpakse melakukan kerja bersama kawan perempuannay sahaja. Namun itu hanyalah sementara, tidak lama kemudian mereka berbaik semula dan meneruskan misi mereka bersama. Bahagian pertama ini tergantung bila voldermort pergi ke pusara albus dumbeldore dan mengambil tongkat albus yang disangkakan tongkat death hallows, segala persoalan akan terjawab pada bagian kedua cerita ini yag dijangkakan akan keluar pada bulan jun tahun 2011 ini. Tak sabar rasenya ana nak tengok..hihihi


Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2
Filem ini banyak mengisahkan perbalahan antara harry potter dan Voldermort di Hoghwart

Narnia 3


Lepas je tgok cite harry potter ana beralih plax dengan cite nanrnia 3 ni, salah satu filem yang ana ikuti juga sejak musim pertama. khabarnya cerita ini ade 6 musim kesemuanya, jadi ade 3 musim lagi yang belum difilemkan sebab buku-bukunya semua dah diterbitkan..hihihi..cerita ini bes jugak, cerita tentang penjelajahan mereka. Apa pun ana seronok menonton filem ini.

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Dengar tajuk pun dah nak tergelak dah belum tengok ceritanya lagi..hahahahaha, bagi ana sepanjang ana tengok cerita komedi filem melayu inilah filem yang paling komedi bagi ana, start aje cite ni sampai abis memang x lekang dari gelak, ana pergi pula tengok cite ini dengan teman ana yang memang suka gelak, adoiii, malu pun ade rasenya, tapi x pe, sebab semua yang duk lam panggung tuh memang pecah perut ketawa, filem arahan abg mamat khalid kali ini memang sangat menjadi, walaupun namenya cerita-cerita seram tapi unsur lawak tetap ade. Boleh dikatakan filem ini meletup jugak la kat pawagam, dengar cite filem ini dah jadi filem terbanyak kutipannya. Namun cerita ini ade kesinambungnnya..so nantikanlah..hihihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan